ketika mana aku menikmati keindahan alam di tahta asshajarah, mengagumi kekuasaan maha Pencipta, terucap dibibirku kalimah agung yang tiada tandingannya, SUBAHANALLAH......maha suci Allah yang menjadikan alam ini yg dihiasi berjuta2 bintang, bulan yang menjadi lampu penyuluh dikala alam diselubungi kegelapan malam, Subahanallah...secara spontan, ku terkenangkan perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam menegakkan kalimah Lailahaillah...perjuangan yang penuh dengan kegetiran, keperitan dan onak duri yang tidak putus-putus menghujani mereka, fikiranku terawang2 sejenak tatkala mana ku mengenang kembali kisah2 Rasullullah s.a.w dan para sahabat r.a. dikala mana membayangkan situasi dan kondusi mereka zaman yang penuh berkat ku tergamam dan tersentak mengenangkannya. Basah pipiku dihujani ari mata yang hadir tanpa diundang.
Sudah menjadi rutin harianku bersama sahabat-sahabat yang lain untuk menghadiri kelas sirah nabi disetiap hari khamis. Tanggal 22 mac 2008, jam 4.00ptg, merupakan tarikh aku dan sahabat-sahabatku yang lain untuk mendengarkan syarahan dari pensyarah kami lalu menyimpannya didalam peti simpanan yang dijadikkan tanpa menggunakan alatan yang canggih, alat yang manusia tidak mampu untuk menciptakannya, tajuk pelajaran pada hari yang penuh barakah ialah utusan quraisy menghadap najasyi ( raja habsyah yang adil, tidak kejam dan tidak membuat keputusan terburu-buru)
Kisah bermula ketika Rasulullah S.A.W melihat penyiksaan puak Quraisy terhadapnya dan penderitaan pengikut baginda yang amat sangat dan baginda tidak sanggup lagi untuk melindungi mereka, maka baginda sendiri mengemukakan pandangan supaya umat yang kecil bilangannya itu berhijrah ke Habsyah ( ETHOPIA) kerana rajanya dikala itu tidak kejam. Mereka dianjurkan supaya tinggal disana untuk sementara waktu sehingga allah membuka jalan dan kelapangan di masa muka. Kaum musliminpun menerima baik pandangan rasulullah itu lalu merekapun berhijrah ke Habsyah. Diantara sahabat yang turut serta dalam rombongan hijrah ini adalah, Uthman bin affan dan isterinya, Ruqaiyah puteri Rasulullah, Abu Huzaifah dan isterinya, AL-Zubair bin Al-Awwam, Mus'ab bin Umair dan Abdul Rahman bin Auf. Jumlah keseluruhannya lebih kurang 80 orang.
Ketika mana Quraisy melihat penghijarahan kaum muslimin ini, mereka mengirim perutusan ke hadapan Najasyi Maharaja Habsyah. Mereka yang menjadi utusan Quraisy ialah Abdullah bin Abi Rabi'ah dan Amru bin Al-'ash ketika ini mereka masih lagi belum memeluk agama islam. Mereka membawa hadiah yang sangat bernilai untuk dihadiahkan kepada Najasyi Maharaja Habsyah dan pengiring serta ahli agamanya dengan harapan Najasyi akan menghalau semua orang islam dari Habsyah. Hadiah-hadiah yang dibawa bersama oleh mereka adalah bertujuan untuk menawan hati Najasyi dan mengharap Najasyi akan menyerahkan orang-orang islam kepada mereka.
Akan tetapi Najasyi enggan menyerahkan kepada mereka sebelum mengadakan sesi soal jawap berkenaan agama baru yang dinuti oleh mereka. Lalu orang-orang islampun masuk kehadapan Najasyi yang ketika itu dua orang utusan Quraisy berada disamping Najasyi. Najasyi meminta mereka menerangkan tentang mereka dan agama baru yang mereka anuti itu.
Ja'far bin Abi talib bangun dan berucap, " ke hadapan Maharaja, sesungguhnya kami ini dikala di masa dahulu mempunyai sikap yang sangat buruk, kami menyembah berhala, memakan bangkai, berzina, berperang, berkelahi, yang kuat menganayai yang lemah sehinggalah Allah mengutuskan seorang Rasul dari kalangan kami juga. Beliau memang terkenal dengan sikap yang amanah, jujur, suci pekertinya, dan baginda menyuruh kami supaya bercakap benar, bersifat dengan sifat yang terpuji, amanahm jujur, iklhlas,menyeru kami menyembah tuhan yang maha esa dan meninggalkan penyembahan berhala, berbaik-baik dengan jiran tetangga, meniggalkan kejahatan dan peperangan yang berlarutan serta semua sifat-sifat yang terpuji. Seruannya itu kami sambut dengan baik, segala yang dibawa olehnya kami percaya dengan sepenuhnya, akan tetapi kaum kami meniyiksa kami dan memaksa kami supaya kembali ke agama yang lama iaitu agama penyembahan berhala. Setelah kami berasa sesak dan tidak mampu menahan siksaan mereka, maka kami keluar berhijrah ke negara tuan." "Semoga dapat kami berlindung di sini jauh dari penyisaan dan kezaliman".
Sekali lagi Najasyi meminta mereka membentangkan apa yang dibawa oleh utusan Allah ( Nabi Muhammad) dari tuhannya. Lalu Ja'far bin Abi Talib bangun dan membaca ayat-ayat yang pertama dari surah Mariam.
Setelah Najasyi mendengarnya, beliau menagis sehingga airmata mengalir membasahi pipi dan janggutnya dan kemudian beliau berkata "Sesungguhnya apa yang kau baca dan apa yang dibawa oleh Isa 'alaihisalm adalah dari sumber yang sama". Kemudian beliau berpaling kepada dua oraqng utusan dari Quraisy dan berkata " Beredarlah kamu dari sini, tidak akan sekali-kali aku akan menyerahkan mereka kepada kamu".
Namun utusan Quraisy tidak pernah putus ada, mereka datang menghadap Najasyi buat kali kedua, sebagai percubaan yang terakhir untuk menggoda Najasyi supaya memulangkan orang-orang islam ke mekkah. Mereka menegaskan bahawa orang-orang islam yang datang kesini terlalu mengecam Isa da Maryam. Sekali lagi Najasyi menyoal tentang pandangan mereka tentang Isa dan Maryam. Lalu Ja'far bangun dan berkata, "Tentang Isa dan Maryam pada pandangan kami dan orang-orang islam seluruhnya seperti mana yang dibawa oleh nabi kami Muhammad S.AW. Isa itu adalah seorang hamba Allah setelah dimasukkan roh dan kalimatnya ke dalam jiwa Maryam dara yang suci.
Najasyi menunjukkan persetujuan dan sependapat dengan apa yang disampaikan oleh Ja'far bin Abi Talib. Najasyi menyerahkan kembali semua hadiah yang diberikan oleh Abdulah bin Abi Rabi'ah dan Amru bin Al-A'sh, dan beliau bertambah mesra dengan orang-orang islam dan lebih berazam untuk melindungi mereka.
Lalu pulanglah dua orang utusan Quraisy ke mekkah dengan perasaan kehampaan dan kekecewaan.
PENGAJARAN
Berdasarkan kisah ini, dapatla kitaw sama2 mengabil ikhtibar dan pengajaran untuk dijadikan panduan dan ikutan sepanjang hayat kita, antara pengajaran yang dapat diambil ialah:
1) Berpegang teguh kepada agama dan menunaikan rukun merupakan asas segala kekuatan dan perisai yang wajib dipertahankan. Dengan iman yang kuat, semangat dan keyakinan yang mantap, dapatla kita menjalankan tugas dan mengikut perintah tanpa berbelah bagi dan tanpa persoalan yang menghalang perjuangan dawah.
2) Menunjukkan titik percantuman dan intergrasi di antar dua agama iaitu agama yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan agama yang dibawa oleh Isa 'laihisalam. Sesungguhnya agama yang dibawa oleh Isa 'alaihisalam adalah agama yang datangnya dari tuhan yang maha Esa, dan sesungguhnya agama yang dibawa oleh Rasululah S.A.W juga merupakan agama yang datangnya dari tuhan yang maha Esa. Tiada perselisihan diantara kedua2 agama yang dibawa oleh rasul junjungan kita dan juga Nabi Isa 'alaihisalam.

26 comments:
SALAM. Memg menarik cete ttg maharaja najasyi ni. saya memg minat bila ada org nk cetekn kt sy. ssghnya pemimpin yg adil x kn m'dgr kes dr sblh phk je. pemimpin yg mcm Najashi ni lah yg blh m'bwa kpd k'amanan & kmakmuran negara. nsht bg anda, adillah dlm hdup ni. ilal liqa'
from asnawi bin salekan
salamullahualaikum... ini adalah satu sirah yang agung, di antara cebisan2 sirah yang lain.. maharaja nie mengajar kite supaya kite x terima bulat2 suatu perkara sebelum kite menyelidikinye.. sepertimana yang terdapat dalam Al-Quran yang memerintah kan kite supaya menyelidiki sutu perkara itu.. ok, sekian sahaja... maassalamah...
salam..cerita pasal orang quraish berjumpa dengan raja najasyi memang menarik.saya tertarik raja nasasyi dimana seorang pemimpin yang adil,berwibawa dan saksama,.diharap kepada pemimpin @ raja zaman sekarang mencotohi cara pemerintahan raja najasyi di dalam membina ummat manusia kepada jalan kebenaran adan diredhai.
daripada:
muhamad zamri bin yusof
salam ukhwah buat sahabat2 semua..tahniah kerana berjaya menyiapkan kerja yang penuh bermakna untuk seluruh umat sejagat ini,inginku memadahkan beberapa kata tentang blog anda ini..amat bermakna blog ini bagi pemimpin2 semalaysia untuk mencontohi sikap dan sifat raja najashi yang mulia ini yang MElakukan segalanya berlandaskan keredaan Allah,adil pada semua sekelilingnya dan tidak mengagungkan dirinya.anda mungkin telah timbulkan kesedaran dikalangan ramai antara kita dan semoga apa yang anda lakukan ini mendapat keberkatan daripadaNYA..AMIN..SALAM SELAMANYA..
ko nie kalau tak jadik pembela bangsa nnt aku tak tau la... lantak ko la nak jadik ape...
ASSALMUALAIKUM....KALIMAH LAAILAHA ILLALLAH ADALAH KALIMAH AGONG DAN SUCI YANG LEBIH BERAT DARI SELURUH ISI DUNIA PABILA DI TIMBANG DI AKHIRAT KELAK. KISAH INI ADALAH SUATU KISAH YANG SANGAT MENARIK. KEPIMPINAN YANG SANGAT BERKESAN DATANGNYA DARI PEMERINTAHAN YANG BAIK. PEMERINTAHAN YANG BAIK ADALAH DARI KETUA YANG BIJAK DAN TIDAK MENGIKUT PERASAAN. SO KESIMPULANNYA DI SINI, NEGARA MAKMUR MASYARAKAT SEJAHTERA. MARILAH KITA MEMBINA KETEMADUNAN NEGARA MELALUI KEHEBATAN UMMAH. SALAM PERJUANGAN.... TAKBIR.! ALLAHU AKBAR.
ABI
Cerita alan tu secara kebetulan ada kena mengena dengan suasana politik dalam negara. ada message murni yang wajar sekali di timbangterima oleh banyak pihak. Tahniah
ahlan wasahlan,
kabare!
Sungguh terharu citer tuu..
Inilah sifat perpaduan dan ukhuwah yg
ada dikalangan ummah terdahulu...
contoh kedua inilah raja Habsyah yg
adil dan saksama pd setiap orang tanpa
mengira anutan agama...
Inilah contoh yg patut kita teladani
iaitu perpaduan bangsa dan agama dalam
menghadapi rintangan di zaman sekarang gaks..semoga success selalu..go on!!!
Wassalam...
(Bro Zul)
alhamdulilah...jelas cerita nya...
uslub y baik..
menusuk dalam kalbu..
msg y hendak di sampaiakn juga
dapat di trima..
harap bukan kisah ini shj y di baca
byk lagi kisah nabi y menarik...
y harus di jadikan teladan sbg ketabahan u myampaikan dakwah...
chayok2!!!
assalamualaikum...erm penulisan yang ckup mantap, bila baca blog korang and renungkan penulisan korang ni, rasa teruja sgt dan menimbulkan rasa kagum dengan sikap rasulullah yg tabah dan sbar,truskan penulisan kisah2 nabi eak...ukaiddhik!!!!!!
salamualikum...citer korang dh ok molek d bc oleh smua glongan utk d jdkn teladan...tpp ada salah ejaan hrp2 korng baiki la yer...bab tulisn plk kecik sngt la skt mata nk bc satu2....lg ape yer..emmm xdok dh kot..per2 pn truskn perjuangan nga pnulisn korng nii smp bla2...
ajaaja fighting..
chayok!!!
all da best....
k wslmm..
Sejarah yg agak menarik wt kita sbg bakal pemimpin di masa depan u di jadikan sbg ikhtibar dan ikutan...ssgguhnya kt adalah pemimpin dan dalam masa yg sama kita adalah orang yang di pimpin.Harus juga di ingat dlm stiap kputusan yg bakal kita buat,timballh dulu baik buruk natijah pd kputisan kita 2 nanti.....p/s sblm poskan blog ni cba perhatikan dlu ejaan yg diguna.wlaupn kita anggp ianya prk kecik tp kita harus sedar ssguhnya terjadinya prk besar bermulanya dr prk remeh.........gud luck.chayok!!
tini...
sungguh cantik dan baik sejarah rasulluh..mengajar kita mrnjadi pemimpin yang bijak berfikir.. walaupun bukan sesama islam apatah lagi kita sesama umat islam.menghormati hak masing masing tanpa mengira pangkatdan darjat..sesungguhnya kita adalah pemimpin di muka bumi allah
pemimpin yang baik membawa tauladan
kepada rakyat dijadikan contoh
berpandukan alquran dan sunnah
pasti hidup berkat dan aman
salam edd n lan.. cantik posing.. depan sekolah lagi tu... BAGUS2.. tingkatkan usaha .
assalamualaikum...
rasulallah sememangnya insan yang mulia..dan kita umatnya mesti mencontohi keperibadian rasulallah agar ia dapt menjadi perisai dlm menghadapi kehidupan yg mencabar..dan meneruskan syiar islam...insyallah,supaya dengan iman yang kuat dpt kita smu menjalankan amanah ALLAH serta suruhan ALLAH..
assalamualaium..
wahai sahabat2ku..
alhamdulillah akhirnya kita smu dapat bersama2 membicrakan tentang rasulallah..sememangnya nabi muhammad seorang pemimpin yang adil dan mulia..kita sbgai umatnya mesti mencontohi keperibadian rasullah..dan meneruskan dakwah rasulallah...insyaallah..ayuh lita bangkit memperjuangkan agama islam...
FARAH N SAHARA
assalammualaikum..
cite yang menarik..n menyanyat hati kitorang ar..teruskan menulis kisah2 nabi..sbgai satu cite teladan pada umat islam pada hari ini..sesunguh nya baginda adalah manusia yg paling mulia di sisi ALLAH..
gud luck 4 your final exam,,,sem2..semoga berjaya di dunia n akhirat.. wsalam...
salam.....what's up....citer korang ni memang menarik ar..n ayat pun berbunga2...macam korang berdua....ape pun,all the best untuk korang berdua....ok..see you...
salam.....what's up.....citer korang memang best la....ayatnya pun berbunga2...macam korang berdua....ape2 hal pun aku respect la kat korang sebab pandai menyusun jalan cier ni nagan baik.... k la,all the best untuk korang....
wawa_ara08 said........
citer korang memang menarik...ayatnya pun berbunga2....macam korang jgak....ape2 pun aku respect la kat korang sebab berjaya susun jalan citer ni ngan baik....smoga untuk hari mendatang tingkakn lagi...ape2 pun all the best untuk korang berdua...
from: YANA COMEL!!!!
assalamualaikum
edd,nak pesan ni,a[pe maksud edd tu?...tak cantik la..tak de makna pon????...pgl ZAHIR lg elok!!!! jgn terasa eak!!!
harap amk perhatian!!
wassalam
slm... kjo yg mantop
truskn usha...
k chayok2
wslm...
salam.....good job....memang menarik n mungkin dapt menarik para pembaca dgn ini secara tidak langsung dakwah kamu berkesan.
tq, saya ucapkan di atas usaha kamu dlm mencerita kisah ini, ada pembaca yg th kisah ini dan ada jugak yang xth, dgn membaca blog ini mereka akan memgetahuinya. teruskan usaha anda....nanti komen kt sy jgk tau....
salam,
bagus..penceritaan kalian.. mantap sekali.. di harap teruskan lagi dengan pelbagai kisah-kisah rasul bagi menarik minat pembaca secara mendalam tentang Baginda. Insyaallah..
last, gud luck 4 exam.

Rasa tersentuh dengan penulisan ini.. Teruskan menulis. Serlahkan kemampuan anda menulis..cuma elakkan bahasa yg tidak sesuai dan jaga tatabahasa.. selamat berjaya
Post a Comment