ketika mana aku menikmati keindahan alam di tahta asshajarah, mengagumi kekuasaan maha Pencipta, terucap dibibirku kalimah agung yang tiada tandingannya, SUBAHANALLAH......maha suci Allah yang menjadikan alam ini yg dihiasi berjuta2 bintang, bulan yang menjadi lampu penyuluh dikala alam diselubungi kegelapan malam, Subahanallah...secara spontan, ku terkenangkan perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam menegakkan kalimah Lailahaillah...perjuangan yang penuh dengan kegetiran, keperitan dan onak duri yang tidak putus-putus menghujani mereka, fikiranku terawang2 sejenak tatkala mana ku mengenang kembali kisah2 Rasullullah s.a.w dan para sahabat r.a. dikala mana membayangkan situasi dan kondusi mereka zaman yang penuh berkat ku tergamam dan tersentak mengenangkannya. Basah pipiku dihujani ari mata yang hadir tanpa diundang.
Sudah menjadi rutin harianku bersama sahabat-sahabat yang lain untuk menghadiri kelas sirah nabi disetiap hari khamis. Tanggal 22 mac 2008, jam 4.00ptg, merupakan tarikh aku dan sahabat-sahabatku yang lain untuk mendengarkan syarahan dari pensyarah kami lalu menyimpannya didalam peti simpanan yang dijadikkan tanpa menggunakan alatan yang canggih, alat yang manusia tidak mampu untuk menciptakannya, tajuk pelajaran pada hari yang penuh barakah ialah utusan quraisy menghadap najasyi ( raja habsyah yang adil, tidak kejam dan tidak membuat keputusan terburu-buru)
Kisah bermula ketika Rasulullah S.A.W melihat penyiksaan puak Quraisy terhadapnya dan penderitaan pengikut baginda yang amat sangat dan baginda tidak sanggup lagi untuk melindungi mereka, maka baginda sendiri mengemukakan pandangan supaya umat yang kecil bilangannya itu berhijrah ke Habsyah ( ETHOPIA) kerana rajanya dikala itu tidak kejam. Mereka dianjurkan supaya tinggal disana untuk sementara waktu sehingga allah membuka jalan dan kelapangan di masa muka. Kaum musliminpun menerima baik pandangan rasulullah itu lalu merekapun berhijrah ke Habsyah. Diantara sahabat yang turut serta dalam rombongan hijrah ini adalah, Uthman bin affan dan isterinya, Ruqaiyah puteri Rasulullah, Abu Huzaifah dan isterinya, AL-Zubair bin Al-Awwam, Mus'ab bin Umair dan Abdul Rahman bin Auf. Jumlah keseluruhannya lebih kurang 80 orang.
Ketika mana Quraisy melihat penghijarahan kaum muslimin ini, mereka mengirim perutusan ke hadapan Najasyi Maharaja Habsyah. Mereka yang menjadi utusan Quraisy ialah Abdullah bin Abi Rabi'ah dan Amru bin Al-'ash ketika ini mereka masih lagi belum memeluk agama islam. Mereka membawa hadiah yang sangat bernilai untuk dihadiahkan kepada Najasyi Maharaja Habsyah dan pengiring serta ahli agamanya dengan harapan Najasyi akan menghalau semua orang islam dari Habsyah. Hadiah-hadiah yang dibawa bersama oleh mereka adalah bertujuan untuk menawan hati Najasyi dan mengharap Najasyi akan menyerahkan orang-orang islam kepada mereka.
Akan tetapi Najasyi enggan menyerahkan kepada mereka sebelum mengadakan sesi soal jawap berkenaan agama baru yang dinuti oleh mereka. Lalu orang-orang islampun masuk kehadapan Najasyi yang ketika itu dua orang utusan Quraisy berada disamping Najasyi. Najasyi meminta mereka menerangkan tentang mereka dan agama baru yang mereka anuti itu.
Ja'far bin Abi talib bangun dan berucap, " ke hadapan Maharaja, sesungguhnya kami ini dikala di masa dahulu mempunyai sikap yang sangat buruk, kami menyembah berhala, memakan bangkai, berzina, berperang, berkelahi, yang kuat menganayai yang lemah sehinggalah Allah mengutuskan seorang Rasul dari kalangan kami juga. Beliau memang terkenal dengan sikap yang amanah, jujur, suci pekertinya, dan baginda menyuruh kami supaya bercakap benar, bersifat dengan sifat yang terpuji, amanahm jujur, iklhlas,menyeru kami menyembah tuhan yang maha esa dan meninggalkan penyembahan berhala, berbaik-baik dengan jiran tetangga, meniggalkan kejahatan dan peperangan yang berlarutan serta semua sifat-sifat yang terpuji. Seruannya itu kami sambut dengan baik, segala yang dibawa olehnya kami percaya dengan sepenuhnya, akan tetapi kaum kami meniyiksa kami dan memaksa kami supaya kembali ke agama yang lama iaitu agama penyembahan berhala. Setelah kami berasa sesak dan tidak mampu menahan siksaan mereka, maka kami keluar berhijrah ke negara tuan." "Semoga dapat kami berlindung di sini jauh dari penyisaan dan kezaliman".
Sekali lagi Najasyi meminta mereka membentangkan apa yang dibawa oleh utusan Allah ( Nabi Muhammad) dari tuhannya. Lalu Ja'far bin Abi Talib bangun dan membaca ayat-ayat yang pertama dari surah Mariam.
Setelah Najasyi mendengarnya, beliau menagis sehingga airmata mengalir membasahi pipi dan janggutnya dan kemudian beliau berkata "Sesungguhnya apa yang kau baca dan apa yang dibawa oleh Isa 'alaihisalm adalah dari sumber yang sama". Kemudian beliau berpaling kepada dua oraqng utusan dari Quraisy dan berkata " Beredarlah kamu dari sini, tidak akan sekali-kali aku akan menyerahkan mereka kepada kamu".
Namun utusan Quraisy tidak pernah putus ada, mereka datang menghadap Najasyi buat kali kedua, sebagai percubaan yang terakhir untuk menggoda Najasyi supaya memulangkan orang-orang islam ke mekkah. Mereka menegaskan bahawa orang-orang islam yang datang kesini terlalu mengecam Isa da Maryam. Sekali lagi Najasyi menyoal tentang pandangan mereka tentang Isa dan Maryam. Lalu Ja'far bangun dan berkata, "Tentang Isa dan Maryam pada pandangan kami dan orang-orang islam seluruhnya seperti mana yang dibawa oleh nabi kami Muhammad S.AW. Isa itu adalah seorang hamba Allah setelah dimasukkan roh dan kalimatnya ke dalam jiwa Maryam dara yang suci.
Najasyi menunjukkan persetujuan dan sependapat dengan apa yang disampaikan oleh Ja'far bin Abi Talib. Najasyi menyerahkan kembali semua hadiah yang diberikan oleh Abdulah bin Abi Rabi'ah dan Amru bin Al-A'sh, dan beliau bertambah mesra dengan orang-orang islam dan lebih berazam untuk melindungi mereka.
Lalu pulanglah dua orang utusan Quraisy ke mekkah dengan perasaan kehampaan dan kekecewaan.
PENGAJARAN
Berdasarkan kisah ini, dapatla kitaw sama2 mengabil ikhtibar dan pengajaran untuk dijadikan panduan dan ikutan sepanjang hayat kita, antara pengajaran yang dapat diambil ialah:
1) Berpegang teguh kepada agama dan menunaikan rukun merupakan asas segala kekuatan dan perisai yang wajib dipertahankan. Dengan iman yang kuat, semangat dan keyakinan yang mantap, dapatla kita menjalankan tugas dan mengikut perintah tanpa berbelah bagi dan tanpa persoalan yang menghalang perjuangan dawah.
2) Menunjukkan titik percantuman dan intergrasi di antar dua agama iaitu agama yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan agama yang dibawa oleh Isa 'laihisalam. Sesungguhnya agama yang dibawa oleh Isa 'alaihisalam adalah agama yang datangnya dari tuhan yang maha Esa, dan sesungguhnya agama yang dibawa oleh Rasululah S.A.W juga merupakan agama yang datangnya dari tuhan yang maha Esa. Tiada perselisihan diantara kedua2 agama yang dibawa oleh rasul junjungan kita dan juga Nabi Isa 'alaihisalam.